Kawasan bertema Tokyo_Disneyland

Gubahan bunga yang menggambarkan Stitch dalam perayaan.

World Bazaar

Rencana utama: Main Street, U.S.A.

Sebagai ganti Main Street, U.S.A. yang wujud di semua taman tema bergaya Disneyland yang lain di seluruh dunia, Tokyo Disneyland memberi nama "World Bazaar" kepada koridor masuknya. Sifat paling tersendiri World Bazaar ialah keserupaannya dengan Istana Kristal, yang dibina kerana mengambil kira kekerapan hujan dan salji di rantau ini.

Adventureland

Rencana utama: Adventureland

Berbeza dengan taman-taman kembarnya, Tokyo Disneyland tidak dikelilingi oleh landasan keretapi, tetapi ada tarikan di Adventureland yang bernama Western River Railroad, tetapi ia tidak boleh digunakan untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat, sebaliknya hanya berguna sebagai alat rombongan pergi balik. Adventureland di Tokyo Disneyland mempunyai seksyen New Orleans yang berupa gabungan New Orleans Square dan Adventureland di California.

Big Thunder Mountain Railroad

Westernland

Rencana utama: Frontierland

Frontierland di sini diganti oleh Westernland, tetapi bertema Wild West juga seperti Frontierland asal. Big Thunder Mountain dijumpai di sini.

Critter Country

Rencana utama: Critter Country

Critter Country ialah sebuah kawasan kecil yang ada dua tarikan utama, iaitu Splash Mountain dan Beaver Brothers Explorer Canoes.

It's a Small World

Fantasyland

Rencana utama: Fantasyland

Mercu tanda Tokyo Disneyland, Cinderella Castle seiras sekali dengan Cinderella Castle di Walt Disney World di Florida.

Tarikan utama di sini ialah Pooh's Hunny Hunt, sebuah tarikan unik yang menampilkan kesan khas terkini. Haunted Mansion juga bertempat di Fantasyland, berhampiran dengan Dumbo, dan bahagian luarnya memakai reka bina Hudson River Gothic yang sama dengan Haunted Mansion di Liberty Square, Walt Disney World.

Toontown

Rencana utama: Mickey's Toontown

Seiras dengan "Mickey's Toontown" di Disneyland Resort, kawasan ini menimbulkan suasana seolah-olah berada dalam kawasan perumahan para watak Disney.

Tomorrowland

Rencana utama: Tomorrowland

Tomorrowland berwajah lebih kebandaran dan bersifat komuniti daripada pameran teknologi masa depan semata-mata. Antara tarikan di sana termasuk Star Tours dan Space Mountain. Kawasan pintu masuk asal Tomorrowland seiras sekali dengan kawasan pintu masuk di Walt Disney World kecuali tiadanya landasan PeopleMover, sebelum diubah suai pada 1990-an. Kawasan sekeliling Space Mountain lebih menyerupai Tomorrowland di Disneyland.